Brader-Brader: Puasa Edition

Bulan puasa ni, kita tengok beberapa benda-benda cool dalam English yang ada berkait rapat dengan bulan Ramadhon yang mulia ini!

Maaf lambat sikit nak wish korang Selamat Berpuasa. Tapi tulah, selamat berpuasa! Sementara kita dalam bulan yang agak mulia ni aku nak tolong sikitlah dengan terms yang kita biasa dengar time puasa ni, dan mungkin tolong introduce terms baru untuk korang guna dalam kehidupan sehari-hari.

OK, set.

“Break fast” atau “breakfast”?

Beza break fast dengan breakfast ni dalam sebutan dia. Breakfast (sarapan pagi) orang sebut brekpes. Break fast is: (brek – fast), ya macam “brek dengan laju”. Break di sini maksudnya pecahkan/putuskan. Fast = puasa. So break fast = hentikan puasa. Sama macam kalau kita ‘putuskan’ kontrak, kita akan cakap “break the contract”. Sama je!

Example: Today I will break fast at my friend’s house.

Selamat Berbuka.. Dalam Bahasa Inggeris?!

Kekadang ada jugalah orang tanya macam mana nak ucap selamat beruka dalam Bahasa Inggeris sebab dorang ada member foreigner yang berpuasa jugak, atau nak impress awek dorang nak tackle. Suka hatilah. Niat, korang punya pasal. Dunia Bahasa Inggeris takde term khas untuk wish selamat berbuka, so dorang akan pinjam Bahasa Arab! So perkataan yang digunakan ialah “iftar” – so awak boleh cakap “have a good iftar” atau “happy iftar”. Simple, straight to the point, awek suka – mothers approve.

From Dusk Til Dawn

Actually ada filem vampire tajuk dia “From Dusk till Dawn” dan lagu Zayn Malik dengan tajuk yang sama, tapi apakah significance perkataan-perkataan mat salleh ini?? Simple, dusk = lewat petang/maghrib. dawn = awal pagi/subuh. So kita berpuasa “from dawn til dusk”. Senang sikit nak explain kat siapa-siapa kalau dorang tanya puasa ni macam mana, kan?

Supplication

Ni kategori #WordPowerPower ah – actually maksudnya mudah je: permintaan. Tapi bukan permintaan yang biasa-biasa. Supplication ni permintaan yang kita meminta dengan rasa serendah-rendahnya diri. Atau dalam pemahaman yang lebih common, “doa” – tapi doa yang spesifik untuk meminta/merayu.

Example: “Please remember me in your supplication, bro”

Okay guys, til next time. Selamat berpuasa!

Author: englishjer

Englishjer aspires to see a better base standard of English for young people of Malaysia. Follow @englishjer on Twitter, Facebook, and Instagram and be a part of the movement.

Leave a Reply