Eksplen: It’s Mean

 

giphy-2

Sebenarnya, benda ni tak salah. Yang salah bila orang salah konteks penggunaan. Masalah satu lagi satu, jarang gila ada konteks yang betul untuk guna “its mean” sebab “mean” dalam matematik yang membawa maksud “purata”, so “its mean” = “puratanya” atau “purata itu”.

Yang betul:

“It means…”  ✓

Korang selalu tersebut “its mean” sebab senang sikit nak cakap. T masuk S ni sangat natural kalau lidah korang biasa Bahasa Melayu. Gua tau, korang banyak guna “its mean” sebab nak cakap “maksudnya”, kan?

Kena practice selalu sebut “it means” – sebab itu baru maksudnya “maksudnya”. kih. Kalau nak practice, biasakan sebut “it means that…” (sebab S masuk T pun sedap nak sebut).

Contoh ayat:

“My father really showed me what it means to be a man”

“It means that I can stay up and watch wrestling!”

Leave a Reply